Bukan Islam Nusantara

Bukan Islam NusantaraDari jauh cerobong mengepul
Kapal berlayar membelah samudera
Islamku ikut ajaran Rasul
Bukan ikut Islam Nusantara

Bila petang laut kan surut
Bolehlah kita pergi menjala
Islam berjaya bila Nabi diturut
Bukan kerana suku dan bangsa

Delima masak boleh dipetik
Bila nak rasa sile dibelah
Nabi tiada ajar fanatik
Terhadap negeri atau Qabilah

Dalam lautan dapat diselam
Isi hati siapa yang tau
Bilal mulia karena Islam
Meski tiada berbangsa bersuku

Si Malin anak durhaka
Legenda dari negeri Andalas
Abu Lahab makhluk celaka
Meski tinggi nasab berkelas

Firaun Raja yang lalim
Mati tenggelam dalam lautan
Wahai tuan orang yang alim
Fanatik jahiliyyah jangan serukan

———
Mekah, 18 Zulqa’dah 1439/31 Juli 2018

Abu Fairuz My